Wednesday, July 9, 2014
Resepi Kek Batik Tahap Menangis
Disini terdapat resepi kek batik sedapp tahap menangis punya, tak percaya, cuba buat, pasti nangis hehe. ok jom review bahan....
RESEPI KEK BATIK TAHAP MENANGIS
Bahan-bahan
Milo ( 1 cawan)
Serbuk Koko 3 sudu makan
Buttercup 250g
Telur 2 biji
Biskut Marie ( 1 bungkus) 298g original flavour
Susu pekat manis 1/2 tin
Air 1/2 cawan
Cara- caranya...
1. Campurkan semua bahan dalam periuk masak, kecuali buttercup dan biskut marie.
2. Hidupkan api dapur, masak dengan api perlahan , kena rajin kacau untuk elak hangus.
3. Masukkan buttercup hingga cair, kacau rata dan masukkan biskut.
sebelum tu adjust2 rasa dulu ikut kesesuaian tekak masing2, kalau tak suka manis, kurangkan susu pekat, kalau suka manis tahap2 diabetis punya boleh tmbahkan susu pekat, adjust kt situ je, milo dn koko jgn kacau, tu mewarnakan dia je.
SELAMAT MENCUBA ^___^
Lastly, masuk kn dlm bekas, tekan2 biskut biar padat, rapuh tak pe, memang bgitu kaedah dia. lepastu masuk peti sejuk.. makan time sejuk2 nikmat .. nikmat tahap boleh keluarkan air mata punya. hehe
xoxo, semoga bermanfaat,
Khalida
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment