Tuesday, September 3, 2013

Resepi Kek Cawan Coklat

RESEPI KEK CAWAN COKLAT 

Bahan-bahannya ialah :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung* optional,guna minyak masak pun okay
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder 
1 cawan air panas 

Cara buatnya:

1. First thing first ! Sediakan bahan2, peralatan dan panaskan kukusan terlebih dahulu.
    Mulakan dengan bismillah, luahkan kasih syg, bagi senyuman sikit. tak payah stress2,
    nervous sikit2 sudah toksah gabra2.. barulah kek mnjadi ;)
    
2. Pukul 3 biji telur bersama gula pasir tadi, susu pekat dan gaul sehingga sebati. Selepas
    itu, campurkan dengan minyak jagung dan serbuk koko. 

3. Setelah semuanya sebati, masukkan 2 cawan tepung tadi dan gaul rata, kemudian
    masukkan 1 sudu teh bikarbonat bersama baking powder.

4. Akhir sekali, masukkan air panas tadi dan kacau lah bagi rata semua. adunan akan
    menjadi cair.jangan terperanjat mmg cengitu gayanya . 

5. Masukkan ke dalam bekas cupcakes, agak-agak la jgn penuh sangat nanti melimpah,
    dalam 3/4 cawan tu dah okay. tapi jgn terlampau sikit sgt nanti tak cantik.

6. Boleh letak chocolate chips ke, ape2 lah ikut perasaan masing2. Kukus dalam 10-15 minit
    dan siap!  


Mudahkan... boleh lah basic utk kek cawan guna kaedah kukusan. Lepas ni nak belajar yg guna oven dan decoration dia pula, barulah kek cawan namanya. hehe 

Thanks to pika yang ajar buat kek cawan ni, jasamu ku kenang  <3 <3 

Selamat mencuba, semoga bermanfaat,
sekian, xoxo
Khalida





No comments:

Post a Comment